Kuala Lumpur, Malaysia: Wayang Pacak (Outdoor Movies) Program Delayed in Malaysia

Wayang Pacak Outdoor Movies in MalaysiaKementerian Penerangan tetap akan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan semula wayang pacak di Sarawak walaupun ia lewat dilaksanakan mengikut jadual asal. Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata mengikut jadual asal ia sepatutnya dilaksanakan pada Jun tahun ini namun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan ia ditangguh ke masa lain. Kita cadang lepas Raya ni, pada bulan November akan buat wayang pacak di Kapit, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) anjuran Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof di sini hari ini. Ahmad Shabery berkata perancangan untuk mengadakan wayang pacak itu pada bulan Jun tidak dapat dilakukan berikutan sambutan Gawai Dayak turut diraikan pada bulan yang sama dan telah ditangguhkan. Beliau berkata kesukaran untuk memilih bulan-bulan lain juga dihadapi memandangkan persidangan Parlimen masih berjalan ketika itu, diikuti dengan bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya bulan depan menyukarkan lagi untuk memilih masa yang lebih sesuai. Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan Jabatan Penerangan Sarawak telah melakukan persediaan yang secukupnya bagi menjayakan wayang pacak ini. Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Utusan Malaysia pada Khamis lepas mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar membuat kenyataan mengenai penubuhan kerajaan baru kepada media asing, Ahmad Shabery berkata ini kerana media tempatan dan rakyat di negara ini sudah muak mendengar pembohongan Anwar. Sebenarnya dia ada panggil media tempatan tapi apabila makin mengenali beliau ramai sudah bosan dengan telatah dan gelagatnya, katanya sambil menambah antara pembohongan yang pernah dilakukan oleh Anwar ialah cubaan membunuhnya dan penubuhan kerajaan pada 16 Sept yang ternyata tidak berlaku. Sementara itu, beliau berkata tindakan Majlis Tertinggi Umno menunda Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual Disember ini, ke Mac tahun depan perlu dihormati oleh semua ahli Umno. Beliau berkata tindakan menunda tarikh tersebut mencerminkan bahawa Umno mempunyai mekanisme tersendiri dalam mencari jalan penyelesaian dan memperkuatkan kedudukan parti.

Join our mailing list

Get the latest outdoor cinema updates and benefits straight to your inbox

Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published

Join our community of 4,000+ Open Air Cinema enthusiasts and professionals. Get exclusive tutorials, guidance and discounts in our weekly email newsletter.

Subscribe now 👇